Google Bakal Beri Saingan Kepada PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch

Sebut sahaja tentang konsol permainan, sudah pasti nama yang berlegar dalam kotak fikiran adalah PlayStation, Xbox dan juga Switch.

Namun, nama-nama besar diatas dikatakan bakal menerima saingan baru tidak lama lagi dan ia datangnya dari syarikat enjin carian terkemuka, Google.

Khabar angin mengenai Google membangunkan servis permainan berasaskan awan (cloud based) sudah timbul sebulan yang lepas dan laporan turut menyatakan sebuah konsol bakal dihasilkan.

Ada pihak berpendapat konsol mungkin hadir dengan rekaan seperti Chromecast, yang mana melaluinya pengguna boleh bermain permainan Android TV dan dalam masa yang sama, membuat penstriman video dari Netflix serta platform video lain.

Difahamkan, ia akan beroperasi mirip seperti sistem permainan berasaskan awan GeForce Now atau PlayStation Now, yang mana pengguna perlu membuat langganan sebelum permainan boleh distrim.

Sekiranya ia benar-benar dihasilkan, konsol berkenaan merupakan penambahan kedalam senarai peranti didalam program Made by Google yang ketika ini mengandungi Google Pixel 2, speaker pintar Google Home dan Chromecast.

Sumber: Tech Radar