Google Assistant Boleh Bantu Selesaikan Masalah Telefon Pintar Anda

Google Assistant kini bukan sahaja boleh membantu anda mencari tajuk lagu, malah ia turut berupaya menyelesaikan masalah telefon pintar anda.

Sepertimana yang dilaporkan oleh laman Android Police, mereka cuba bertanyakan keadaan bateri telefon kepada ciri pembantu digital itu. Google Assistant bertindak balas dengan menawarkan pemeriksaan keatas bateri dan juga mencari jalan penyelesaian kepada punca masalah tersebut.



Sekiranya ciri itu gagal dan pengguna sudah kekurangan pilihan lain, mereka akan cuba menyambungkan pengguna ke Google Support secara panggilan suara ataupun teks perbualan.



Difahamkan, hanya Pixel 2 dan tidak semua pengguna ditawarkan fungsi tersebut buat masa sekarang. Penawaran kepada peranti lain masih belum dapat dipastikan lagi.

Dengan keupayaan memeriksa masalah yang dihadapi telefon pintar, Google Assistant dilihat bakal memberi saingan kepada seteru utama mereka, Siri yang dibangunkan oleh Apple.

Sumber: Android Police