Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Android O: Segalanya Yang Kita Tahu Setakat Ini

Google Android O: Segalanya Yang Kita Tahu Setakat Ini

Diterbitkan Mac 14, 2017 oleh Wiser MY

Android Nougat adalah versi terbaik setakat ini untuk sistem operasi Google. Itu tidak bermakna tiada versi baru yang sedang dibangunkan oleh syarikat teknologi gergasi itu.

Setiap tahun, Google mengemaskini versi Android mereka dengan khabar angin pertama bermula sebelim musim panas. Memandangkan musim panas akan bermula, kita dapat melihat segala khabar angin dan spekulasi tentang sistem operasi yang popular itu.

>>Google akan memberi nama yang sangat manis kepada versi terbaru mereka..

Belum ada pengumuman rasmi namun ada ura-ura mengatakan kali ini nama Android Oreo akan digunakan. Satu lagi nama yang mungkin akan digunakan ialah Oatmeal cookie. Setakat ini masih belum ada keputusan muktamad mengenai nama versi Android selepas Android Nougat.

>>Dilengkapi ciri-ciri mesra AI

Dua cadangan ciri-ciri Android O ialah ‘Copy Less’ dan ‘Gesture Trigger’. ‘Copy Less’ membolehkan teks yang anda terima boleh dibuka di applikasi lain semasa anda menaip supaya anda tidak perlu untuk ‘alt c dan alt v’ sendiri. ‘Gesture Trigger’ pula membolehkan pengguna untuk membuat bentuk huruf di skrin dan terus membuka aplikasi yang telah diprogramkan.

>>Lebih banyak akan didedahkan di Google I/O

Google selalunya akan mendedahkan sedikit tentang versi Android seterusnya di persidangan ‘developer’. Pada tahun lepas, kita dapat melihat fungsi ‘multitasking’ melalui fungsi ‘split screen’, ‘rich notification replies’ dan ‘Doze mode battery saving’. Harapkan benda yang sama akan berlaku pada persidangan tahun ini.

>>Kemaskini pertama untuk pengguna Pixel dan Nexus

Seperti biasa, kemaskini sistem operasi akan hadir untuk pengguna telefon pintar Pixel dan Nexus. Masa yang diambil dari versi trial hingga versi penuh ialah empat bulan dan itu tempoh masa yang dijangka akan diambil untuk tahun ini juga. Beruntung la sesiapa yang memakai telefon pintar Google sendiri. Untuk pengeluar telefon pintar lain, kemaskini sistem operasi bergantung kepada pengeluar itu sendiri.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY