Melibatkan servis Google Photos dan pengguna yang memuat turun kandungan data mereka dari Google Takeout.
Google telah mengesahkan mereka secara tidak sengaja telah menghantar video-video peribadi milik pengguna dari servis Google Photos kepada pengguna lain secara rawak.
Walaubagaimanapun, ia tidak pula melibatkan kandungan foto-foto dari Google Photos. Sebaliknya hanya melibatkan kandungan video yang disimpan pengguna di Google Photos sahaja.
Google tidak menjelaskan bagaimana insiden ini berlaku tetapai dipercayai mempunyai kaitan dari servis muat turun data pengguna menerusi Google Takeout.
Salah seorang pengguna yang terkesan dengan isu ini telah menerima makluman dari pihak Google dan berkongsikan isu tersebut di laman Twitter miliknya.
https://twitter.com/jonoberheide/status/1224525738268905477?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1224525738268905477&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2020%2F2%2F4%2F21122044%2Fgoogle-photos-privacy-breach-takeout-data-video-strangers
Google mendakwa, insiden ini berlaku antara 21 November hingga 25 November tahun lalu yang dipercayai berpunca daripada pepijat, bukan melibatkan aktiviti penggodaman.
Berikutan itu, pihak Google memohon maaf kepada pengguna dan memaklumkan mereka telah segera memperbetulkan isu ini dan melakukan analisis mendalam supaya insiden seperti ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.
Sumber: PCWorld
Berkaitan
- Ciri Q&A Pada Carian Google Akan Dimansuhkan
- "Kami Akan Memberikan Lebih Perlindungan Dari Perisian Hasad Kepada Pengguna Chrome, Hanya Jika Mereka Log Masuk Ke Akaun Google" - Google
- Google Keluarkan Amaran Kepada 2 Bilion Pengguna Chrome
- Google Play Store Kini Dengan Tetapan Menutup Ciri Memainkan Video Automatik
- Apple Maps Makin Digemari Pengguna Berbanding Google Maps - Laporan
- Google Telah Review 1 Juta Video YouTube Yang Disyaki Sebagai Pengganas
- Hasil Carian Google Kini Berwajah Baru Di Aplikasi Pelayar Komputer
- Lagi Wujud Perisian Hasad Menjangkiti Peranti Android Melalui Google Play Store
- Seorang Peguam Di Ohio Mahu Google Diisytiharkan Sebagai Utiliti Awam
- Google Play Games Beta Pada PC Terima 4 Kemas Kini Besar