Google Akan Tambah Pilihan 'Auto Delete' Pada Ciri 'Location History''

Ciri Location History yang ditawarkan oleh Google memberikan kemudahan kepada pengguna untuk melihat kembali destinasi yang pernah dilawati. Ia sudah disediakan dengan fungsi untuk mematikan sementara ciri tersebut dan satu lagi fungsi akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Google menerusi pengumuman yang dibuat pada blog rasmi mereka telah menyatakan kaedah terbaru untuk menguruskan data sensitif itu. Menurut syarikat teknologi tersebut, pengguna akan diberikan pilihan untuk memadam secara automatik data lokasi yang sudah lama.



Melaluinya, pengguna mempunyai pilihan untuk memadam secara automatik data Location History selepas 3 bulan, 18 bulan atau padamkannya secara manual.

Sesetengah daripada kita mungkin berasa bimbang dengan data yang tersebut dan mengambil langkah mematikannya, tetapi bagi sebahagian yang lain, ciri itu dilihat mampu memudahkan mereka.

Sumber: Google