Google Akan Menyokong Pelayar Chrome Untuk Pengguna Windows 7 Sehingga Julai 2021

Pembangun mula meninggalkan Windows 7.


Seperti yang semua sedia maklum, Microsoft akan menamatkan sepenuhnya sokongan sistem operasi Windows 7 pada 14 Januari 2020 ini.

Bagi pengguna Windows 7 versi Enterprises dan Business pula, mereka boleh menambah tempoh sokongan terhadap sistem operasi usang itu sehingga 3 tahun menerusi program Windows 7 Extended Security Update (ESU).

Tetapi mereka perlu membayar kepada Microsoft untuk lanjutan sokongan itu.

Para pembangun aplikasi pihak ketiga pula sudah mula menamatkan sokongan aplikasi mereka terhadap Windows 7 secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Sebagai contoh, pihak Google telah memaklumkan bahawa mereka hanya akan terus memberikan kemas kini pelayar Chrome kepada pengguna Windows 7 sehingga Julai 2021.

Atau selewat-lewatnya sehingga 15 Julai 2021.

"We will continue to fully support Chrome on Windows 7 for a minimum of 18 months from Microsoft’s End of Life date, until at least July 15, 2021." Google

Bermakna, pengguna Windows 7 masih akan menerima kemas kini keselamatan dan ciri terbaru yang dimuatkan dalam pelayar Chrome terbaru.

Walaubagaimanapun, pengguna Windows 7 amat disyorkan supaya menaik taraf sistem operasi usang mereka itu kepada Windows 10 yang lebih selamat dan dilengkapi dengan pelbagi ciri moden.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pengguna Windows 7 masih boleh menaik taraf kepada Windows 10 dengan percuma.

Berkaitan