Google Akan Menggunakan SMS Untuk Pengguna Mencuba Cara Pengesahan Yang Baru

Google pada awal tahun ini telah menukar rupa untuk proses pengesahan 2 faktor mereka dan mereka akan menggalakkan orang ramai untuk mencuba sistem teks bagi proses itu.

Google Prompt akan menghantar notifikasi kepada peranti yang telah didaftarkan sebarang maklumat tentang cubaan log masuk termasuklah dari mana ia cuba masuk.

Mulai minggu depan, pengesahan 2 faktor menggunakan SMS kepada pengguna Google akan dihantar untuk mengajak mereka merasai pengalaman sistem baru.

Pengguna iOS sekurang-kurangnya mempunyai aplikasi Google Search di peranti mereka manakala pengguna Android pula tidak perlu berbuat apa-apa kerana sistem sudah terbina di dalam peranti.

Sumber