Google Akan Membuat Sekatan Penggunaan GMS Bagi Peranti Baru Di Turki

Pada hari ini, Google telah mengumumkan akan membuat sekatan hak menggunakan GMS bagi kesemua peranti baru pada pasaran Turki.



Menurut laporan dari Reuters, kesemua model baru peranti Android yang belum dilancarkan bakal menerima sekatan tersebut. Ia berlaku disebabkan oleh konflik yang melanda antara “Turkish Competition Authority” dengan pihak Google.

Isu tersebut disebabkan pihak Google engan mengubah polisinya mengikut permintaan dari pengguna di Turki berkaitan kebebasan menukar pencarian enjin utama. Oleh itu, Turkish Competition Authority bersedia untuk menyaman Google sehingga mencapai kata sepakat dan Google diberi tempoh 60 hari bagi mengubah polisinya.



Google akhirnya mengumumkan untuk membuat sekatan penggunaan GMS pada peranti Android yang masih belum dilancarkan di Turki. Menurut Google lagi, pengguna boleh membeli dan menggunakkan peranti lama tetapi akan menghadapi masalah ketika melakukan kemaskini “software” nanti.

Google juga dilihat sedang memberi tekanan kepada Kementerian Perdagangan Turki dan Competition Authority supaya mengubah keputusan yang telah dibuat.

Sumber : gsmarena, Reuters