Google Akan Hentikan Sokongan Chrome Pada Android Jelly Bean

Diperkenalkan Google lebih kurang 6 tahun lalu, Android Jelly Bean telah ditawarkan dengan tiga versi iaitu Android 4.1, 4.2 dan 4.3.

Walaupun semakin ketinggalan dari segi prestasi dan ciri berbanding sistem operasi baru, ia masih setia digunakan pada lebih 32 juta peranti seluruh dunia ketika ini.

Namun begitu, satu berita kurang enak mula kedengaran dimana Chrome akan hentikan sokongan Chrome bagi Jelly Bean.

Menurut laporan XDA, tahap minimum API bagi aplikasi pelayar Chrome ditingkatkan dari Android 4.1 kepada Android 4.4(KitKat).

Buat masa sekarang, Google masih belum menyatakan tarikh penamatan itu akan dijalankan.

Bagi pemilik peranti Jelly Bean sekiranya anda masih mahu terus menggunakan Chrome, bolehlah berubah kepada sistem operasi yang lebih tinggi.

Sumber: XDA Developers