Google Akan Bayar Hampir RM 50 Bilion Untuk Terus Menjadi Enjin Carian Utama Peranti Apple

Walaupun Google mempunyai sistem operasi mereka sendiri iaitu Android, mereka tetap mahu terus memberikan perkhidmatan enjin carian mereka kepada pencabarnya, iOS dan sistem operasi lain Apple seperti MacOS.

Buktinya, mereka sanggup mengeluarkan wang sebanyak $12 bilion(~RM 49.66 bilion) kepada Apple untuk memastikan mereka kekal sebagai enjin carian utama bagi pelayar Safari. Perkara ini telah dilaporkan oleh laman Business Insider.



Menurut laporan yang sama, Google juga dikatakan membayar sebanyak $9 billion(~RM 37.25 billion) kepada Apple atas tujuan yang sama pada tahun ini.

Walaupun nampak seperti satu nilai yang sangat tinggi, syarikat bank pelaburan dan khidmat kewangan gergasi Amerika, Goldman Sachs berpendapat, Google akan tetap menjana keuntungan melalui pelaburan ini.

Ini kerana Safari adalah merupakan pelayar web utama bagi setiap peranti iPhone, iPad dan Mac yang ada di dunia hari ini. Lantas, ia menjadi asas keyakinan untuk Google bagi terus membuat pelaburan sebegini di masa hadapan.

 

Sumber