Google AI Temui Planet Ke-8 Diluar Sistem Solar

Google menerusi teknologi kecerdasan buatan telah berjaya menemui sebuah exoplanet yang berada dalam sistem bintang Kepler -90. Untuk pengetahuan anda jarak sistem bintang itu dari bumi adalah sejauh 2545 tahun cahaya. Exoplanet disini bermaksud, planet yang berada diluar dari sistem solar.

Berikutan penemuan itu, sistem bintang Kepler -90 kini telah mempunyai 8 buah exoplanet sama seperti sistem solar kita.



Exoplanet baru bakal dikenali sebagai Kepler -90i dan ia terletak dikedudukan ketiga dalam urutan sistem bintang terbabit. Kepler -90i dijelaskan sebagai sebuah exoplanet yang sangat panas dengan panas permukaan lebih kurang 427' darjah celcius.

Disebalik kejayaan penemuan oleh teknologi AI dari Google ini, ia mungkin tidak akan berjaya tanpa bantuan data dari NASA. Menurut agensi angkasa lepas berkenaan, dua penyelidik, Andrew Vanderburg dan Christopher Shallue telah melatih teknologi tersebut untuk mencari exoplanet berdasarkan bacaan cahaya Kepler.

Selain daripada itu, teknologi terbabit juga dikatakan menemui exoplanet lain di sistem Kepler -80 dan ia merupakan exoplanet keenam dalam sistem tersebut.

Sumber: NASA