Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ACL Music Festival 2016 – Weekend 1

400 Minggu Dalam Carta, ‘good kid, m.A.A.d city’ Merupakan Album Hip Hop Paling Lama Bertahan

Diterbitkan Julai 3, 2020 · Dikemas kini Julai 3, 2020 oleh Nadiah Ab

kendrick lamar good kid maad city

Album debut ‘good kid, m.A.A.d city’ oleh Kendrick Lamar mencatat rekod terbaru dengan menjadi album hip hop paling lama bertahan dalam carta di Amerika Syarikat.

Berita ini diperoleh dari akaun Twitter Chart Data yang menyatakan album tersebut sudah berada dalam carta Billboard 200 selama 400 minggu.

.@kendricklamar's 'good kid, m.A.A.d city' has now spent 400 weeks on the Billboard 200. It’s the longest charting hip-hop studio album in history.

— chart data (@chartdata) June 29, 2020

Album yang dilancarkan pada tahun 2012 oleh Top Dawg Entertainment itu kebanyakannya telah dirakam di Los Angeles. Ia juga merupakan hasil kerjasama dengan produksi dari artis-artis hip hop popular seperti Dr. Dre, Just Blaze, dan Pharrell Williams.

Antara lagu-lagu hit dari ‘good kid, m.A.A.d City’  adalah Swimming Pools (Drank), Backseat Freestyle, dan B****, Don’t Kill My Vibe.

Album ini berjaya dicalonkan dalam 4 kategori di Grammys tahun 2014, termasuk Album of the Year. Sekaligus telah tiga kali diperakui platinum oleh Recording Industry Association of America (RIAA) pada tahun 2018.

kendrick lamar grammys

Meskipun sudah lama, lagu-lagu Kendrick masih menjadi kegemaran peminat-peminat genre hip hop. Khabar angin yang didorong oleh pengurus penyanyi itu sendiri juga tersebar bahawa akan ada muzik baru dari Kendrick.

Sementara menunggu kembalinya Kendrick Lamar, dengarkan album ‘good kid, m.A.A.d city’ di Spotify.

Sumber: HIGHSNOBIETY

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY