Golongan Belia Dijemput Kemukakan Idea Dan Cadangan Melalui Program "Ideas4KKMM"

Bagi penambaikan Pelan Strategik KKMM untuk tahun 2019-2023, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuka peluang kepada golongan belia untuk menyalurkan idea dan cadangan melalui program "Ideas4KKMM".

Semua warganegara Malaysia yang berumur antara 18-30 tahun dan menetap di dalam atau luar negara layak untuk menyumbangkan idea dan cadangan tersebut.



Menurut KKMM, program ini merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan sumbangan idea dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan sistem penyampaian KKMM.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=ZKIFmCoqBdI&feature=youtu.be[/embed]

Setiap cadangan dan idea yang dikemukakan perlu berdasarkan enam teras strategik KKMM atau kategori umum. Selain itu, anda juga boleh mengisi borang tanpa had. Bagi 10 idea terbaik akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa dan dijemput ke sesi perbincangan khas bersama YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Untuk mengemukakan idea dan cadangan atau maklumat lanjut mengenai program ini, layari laman sesawang KKMM.

 

 

Berkaitan