God of War Ragnarok Telah Masuk Fasa 'Gone Gold', Akan Dilancarkan 9 November Ini

Permainan video yang ditunggu-tunggu, God of War Ragnarok telah mencapai fasa Gone Gold. Dan ini bermaksud tiada sebarang masalah untuk kita menikmati game ini pada 9 November depan.

Frasa 'Gone Gold' dalam industri gaming bermaksud sesebuah game itu telah lengkap, siap sepenuhnya dan boleh memasuki fasa pengagihan.

{suggest}

Berita ini telah diumumkan sendiri oleh Santa Monica Studio dalam ciapannya di Twitter:

https://twitter.com/SonySantaMonica/status/1578415056215330817?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1578415056215330817%7Ctwgr%5E08703aac7031f2c94bc3fa94eb4654dc9d246e00%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gamesradar.com%2Fgod-of-war-ragnarok-goes-gold-ahead-of-november-launch%2F

Selain itu juga, studio berkenaan turut mengucapkan terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada peminat dan komuniti gaming dunia yang terus-menerus menyokong pembangunan game ini.



Di samping itu, pembaca boleh juga membeli atau pratempah God of War Ragnarok melalui stor rasmi Sony di Shopee dengan pautan ini - https://shope.ee/AsukeKdcI

Sumber: Santa Monica Studio