God of War : Permainan Video Yang Mendapat 'Rating' Paling Tinggi

Bagi pengguna konsol permainan video, tak kira Sony Playstation, Nintendo atau pon Microsoft Xbox, permainan video eksklusif adalah antara penyebab untuk anda memiliki sesebuah konsol tersebut. Pemilik konsol Nintendo pastinya antara peminat permainan Super Mario dan Legend of Zelda, siri Forza dan Gears of War buat pemilik Microsoft Xbox dan bagi pemilikk Playstation pula, permainan seperti siri Uncharted dan God of War adalah permainan yang wajib dicuba.

Dan pada bulan ini, pengguna Playstation 4 akan disajikan dengan permainan yang ditunggu-tunggu, God of War . Peminat Playstation sudah mula merasa bahang kehangatan permainan ini sejak pihak Sony Entertainment mengumumkan tarikh pelancaran permainan ini ke pasaran awal tahun lalu. Pada pengumuman itu, mereka menjanjikan tarikh 20 April sebagai tarikh yang bakal menamatkan penantian peminat-peminat siri God of War(GOW) ini.

Untuk menambah lagi rasa tidak sabar dalam diri peminat GOW dan Kratos(watak protagonis dalam GOW) ini, kami akan kumpul dan rumuskan beberapa review daripada pelbagai sumber berkenaan permainan ini. Harus diingatkan bahawa review ini adalah bukan dari pihak kami kerana kami juga masih menunggu peluang untuk mencuba permainan ini.

1.IGN - 10/10 (100%)

 'Masterpiece'. Itulah kata-kata yang mampu diungkapkan oleh penilai-penilai dari IGN bagi permainan GOW ini. Menurut mereka lagi, permainan ini adalah permainan paling sempurna yang pernah mereka temui baik dari segi jalan cerita mahupun kualiti grafiknya.

Menurut Jonathan Dornbush, salah seorang penilai IGN, beliau cukup tertarik dengan ciri single-shot camera yang mebuatkan tidak akan ada skrin menunggu dari awal hingga akhir permainan, kecuali anda (Kratos) terbunuh dalam permainan itu.

2.Metacritic - 94 %



Metacritic memberikan skor sehingga 94% kepada permainan GOW ini. Seperti yang tertera pada imej di atas, purata skor 94% daripada 81 jumlah krikit adalah sangat tinggi. Laman ini mengumpulkan seberapa banyak kritikan daripada pelbagai sumber lain sebelum mengeluarkan purata skor bagi setiap perkara yang dikritik.

Daripada 81 kritikan itu, 25 pengkritik telah memberikan markah penuh untuk permainan ini sementara skor yang terendah hanya pada skor 80% yang boleh dianggap masih lagi tinggi, diberikan oleh lima pengkritik berbeza.

3. GamesRadar - 5/5 (100%)

Satu lagi skor sempurna bagi permainan keluaran Sony ini. Menggelar permainan ini sebagai salah satu tempoh terbaik bagi konsol Playstation, pengkritik dari GamesRadar amat terpukau dengan kualiti penceritaan yang penuh dengan emosi yang berjaya ditampilkan dalam GOW kali ini.

Selain itu, gaya permainan terutamanya ketika berlaku bertempuran dengan penjahat menjadi satu lagi penyebab mengapa pihak mereka menilai permainan GOW ini sebagai sempurna.



Maka, dengan berdasarkan tiga penilaian di atas, dapat kami rumuskan bahawa permainan God of War ini adalah permainan yang perlu dimainkan oleh semua pemilik konsol Sony Playstation 4. Pihak kami sendiri akan mencuba permainan ini setelah ia dilancarkan nanti. Masih ragu-ragu? Lihat imej diatas atau klik pautan ini dan buat penilaian anda sendiri.

Berkaitan