Go Pro Dijangka Keluar Dengan Model Baru Bagi Menggantikan Hero 5 Session

Terdapat banyak pilihan kamera aksi dari Go Pro dan salah satunya adalah kamera kelas permulaan, Hero 5 Session yang dilancarkan setahun yang lalu.

Difahamkan, syarikat berkenaan bakal memperkenalkan model "naik taraf" kepada Hero 5 Session pada tahun hadapan. Menurut CEO Go Pro, Nick Woodman, pasaran kelas permulaan mendapat sambutan hangat dari pembeli dan permintaannya lebih tinggi dari jangkaan.

Oleh hal yang demikian, mereka memutuskan untuk memberi fokus terhadap segmen mampu milik. Masih tidak jelas tentang ciri-ciri yang bakal hadir untuk model tersebut tetapi ia mungkin akan dijual dalam lingkungan harga Hero 5 Session (~RM1399).