Gmail Sekarang Memainkan Video Bersaiz Kecil Tanpa Perlu Memuat Turun Mereka

Setelah berlaku beberapa perubahan dalam tempoh beberapa tahun lepas, masih ada yang tidak berubah. Sebagai contoh, jika anda menghantar e-mel yang mengandungi video, anda perlu memuat turun video itu terlebih dahulu sebelum dapat memainkannya.

Kini tidak lagi kerana Google akan memberi kemaskini yanng membolehkan pengguna menonton video terus dari Gmail. Ia akan menggunakan kaedah sama seperti apa yang ada di YouTube dan Google Drive.

Namun, video yang dimainkan hendaklah kurang dari 25MB. Untuk video yang lebih besar, mereka akan dimuat naik ke Google Drive secara automatik dan akan terus dimainkan. Kemaskini akan berlaku dalam tempoh 15 hari lagi menurut Google.

Apa yang pasti, ia akan memudahkan lagi pengguna-pengguna biasa yang selalu menghantar media video di dalam e-mel mereka tanpa perlu memuat turun dahulu.

Sumber