Gmail Kini Membenarkan Pengguna iOS Tambah Lampiran Dari Aplikasi Files

Google mengumumkan dalam aplikasi Gmail bagi iOS, semasa menulis atau membalas e-mel, pengguna kini boleh memuat naik lampiran dari aplikasi Files pada iPhone atau iPad. Menekan ikon klip kertas di bahagian atas kanan bersebelahan dengan butang Send masih akan membawa kepada Camera Roll, Drive dan keupayaan untuk melampirkan wang dengan Google Pay.



Namun, dengan fungsi baru ini, di bahagian Recent Attachments yang dinamakan semula dengan Attachments, kini mempunyai penambahan ikon folder di mana anda dengan mudah boleh membuka aplikasi Files. Dari situ, anda boleh membuat carian dokumen yang ingin dilampirkan, pilih dan muat naik dokumen tersebut.

Keupayaan bagi Gmail memuat naik lampiran dari Files ini sudah mula dilancarkan bermula 12 Februari dan akan tersedia untuk semua pengguna iOS dalam tempoh dua minggu akan datang secara default.

Google sebelum ini menambah beberapa ciri dan logo baru Google Maps sempena ulangtahun ke-15 aplikasi tersebut.

Sumber: 9to5Google via G Suites Updates