Gmail Kini Boleh Ditetapkan Sebagai 'Default' E-mel Pada iOS 14

Google baru-baru ini mengumumkan pengguna boleh menetapkan aplikasi Gmail sebagai default e-mel pada iOS 14 tidak lama lagi. Kini, Google telah melepaskan kemaskini yang membolehkan aplikasi Gmail ditetapkan sebagai default pada iPhone.

Untuk menetapkan aplikasi Gmail sebagai default e-mel, buka "Settings" > leret ke bawah dan pilih "Gmail". Setelah itu, tap pada "Default Mail App" dan tanda pada "Gmail".



Bagaimanapun, perlu diingatkan default e-mel yang telah ditetapkan akan kembali kepada aplikasi Mail apabila pengguna menghidupkan semula (restart) iPhone.

Ini bermakna, jika pengguna mahukan aplikasi Gmail ditetapkan sebagai default, tetapan yang sama perlu dilakukan semula setiap kali iPhone dihidupkan semula. Pada masa ini, tidak dapat dipastikan jika Apple akan membaikpulih isu ini melalui kemaskini akan datang.

Sumber: Google