Gmail Di iOS Kini Boleh Disatukan Dalam Satu Peti Masuk

Anda pengguna iPhone? Anda mempunyai banyak akaun Gmail? Anda rasa leceh bertukar-tukar akaun hanya untuk menyemak emel?

Kini Gmail untuk iOS sudah diperkemaskan dengan ciri All Inboxes. Melaluinya, semua emel yang masuk dari pelbagai akaun akan disatukan didalam satu peti masuk.



Dengan adanya ruangan All Inboxes ini, pengguna iOS hanya perlu menggunakan satu sentuhan dan dapat melihat semua emel yang masuk. Kemaskini ini sudahpun bermula dan akan ditawarkan secara menyeluruh dalam 15 hari mendatang.

Sumber: Tech Crunch