Glitchpunk - Sebuah Permainan Umpama GTA 2 Dengan Tema Cyberpunk 2077

Sekiranya anda seorang yang berusia 25 tahun dan ke atas, pasti anda akan teringat terhadap permainan GTA dan GTA 2 yang dilancarkan pada awal 90-an.

Apa yang menariknya terhadap permainan tersebut, ia merupakan permainan top-down shooter. Dalam erti kata lain, pandangan anda berada di atas dan bukan seperti first atau third person shooter yang kita lihat pada permainan masa kini.

https://www.youtube.com/watch?v=36XyYme8tAw

Begitulah yang berlaku untuk permainan yang dibangunkan Dark Lord dan diterbitkan Daedalic Entertaiment. Mereka baru sahaja mengumumkan permainan Glitchpunk yang dijangka akan dilancarkan sekitar suku kedua tahun 2021.

Glitchpunk dilihat seakan permainan GTA daripada Rockstar yang menampilkan aksi memandu dan tembak-menembak. Tambahan lagi, ia menerima sedikit suntikan tema Cyberpunk 2077 dimana lampu neon membanjiri bandar.

Selain itu, permainan ini hanya boleh dimainkan buat platform PC sahaja.

Sumber: PC Gamer via

 

Berkaitan