Gligo- Jam Tangan Pintar Dilengkapi Dengan Bateri Yang Mampu Bertahan Selama 2 Tahun

Inovasi adalah satu daya cipta baru terhadap sesuatu yang sedia ada. Bukan hanya gajet dan komputer yang melalui fasa ini tetapi jam juga telah diinovasikan menjadi lebih canggih, bergaya dan serba boleh.

Apple, Huawei, Samsung, Xiaomi dan beberapa nama besar lain juga telah keluar dengan jam pintar mereka sendiri. Manakala Gligo pula satu jenama baru yang membuat jam pintar premium hibrid.

Gligo mungkin menjadi salah satu pilihan anda kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri penting yang memudahkan urusan anda setiap hari.

Berbeza dengan jam pintar lain yang ada dipasaran, perlu dicas setiap hari. Gligo datang dengan hayat bateri tahan selama 2 tahun dan skrin e-dakwat mempunyai hayat bateri selama 180 hari.

Anda boleh menekan butang di bahagian bawah kanan Gligo untuk menukar warna pada skrin jam contohnya dari putih ke hitam. Ia bergantung kepada persekitaran anda. E-ink terlihat seperti teks bercetak menjadikan ia lebih mudah untuk dilihat.

Skrin jam ini memaparkan tarikh, masa dan ikon pemberitahuan serta ia mempunyai dua pin dan dilengkapi dengan gerakan kuarza.

Kredit: Indiegogo
Kredit: Indiegogo

Selain itu, ia juga disokong dengan ciri kalis air dan boleh menahan kedalaman sehingga 30 meter. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk menggunakan jam tersebut ketika mandi di pantai.

Kredit: Indiegogo

Peringatan yang telah diset dalam telefon pintar akan digerakkan sekali pada jam tangan. Contohnya anda ada mesyuarat antara pukul 9 pagi dan 2 petang. Bulatan luar antara pukul 9 pagi dan 2 petang akan menunjukkan putih, yang mengingatkan anda bahawa dalam tempoh tersebut ada mesyuarat.  Jam akan memaparkan masa untuk mesyuarat seterusnya dan mesyuarat akan datang.

Kredit: Indiegogo

Terdapat bentuk seperti cincin di skrin Gligo yang dikenali sebagai cincin jumlah sukan. Ia akan menunjukkan peningkatan sekiranya ada melakukan banyak aktiviti sukan seperti yang telah anda tetapkan dalam dalam aplikasi mudah alih. Jam pintar ini juga boleh mengesan langkah anda, jarak berjalan dan kadar jantung.

Kredit: Indiegogo

Gligo juga akan menghantar notifikasi sekiranya terdapat e-mel, atau panggilan tanpa anda perlu membuka telefon pintar atau notebook untuk melihat kiriman tersebut. Anda juga boleh menggunakan Gligo untuk mengambil gambar.

Teknologi pengecasan magnetik yang cepat dan mudah boleh digunakan untuk skrin e-ink sahaja dan teras kuarza mempunyai hayat bateri sehingga 2 tahun. Gligo juga tahan pada suhu yang tinggi, hakisan dan tahan lama.

Terdapat dua gaya berbeza, yang boleh anda pilih sama ada kulit klasik atau Milanese Bergaya. Gligo juga keluar dengan reka bentuk baru berwarna perak yang sesuai dengan banyak keadaan.

Reka bentuk dan juga fungsi yang dilengkapi dalam Gligo menjadikan ia sebuah jam yang bergaya serta perlu milik. Namun begitu, Gligo masih dalam peringkat pengeluaran.

Sumber: Indiegogo

 

 

 

 

 

 

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan