'Giveaway' Tumbler Starbucks x Undefeated Sehingga 2 Ogos

Berita gembira buat semua yang terlepas peluang untuk mendapatkan tumbler Starbucks x Undefeated! Anda kini boleh berebut peluang ini untuk memiliki tumbler Starbucks x Undefeated melalui satu giveaway oleh Starbucks Malaysia sehingga 2 Ogos.

[embed]https://www.instagram.com/p/CC2s3XLg48k/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Berikutan dengan pengumuman di laman Instagram rasmi Starbucks Malaysia hari ini, satu giveaway akan dilakukan khas buat ahli-ahli Starbucks. 8 orang pemenang berpeluang untuk mendapatkan satu tumbler hasil kolaborasi Starbucks x Undefeated.

giveaway tumbler starbucks undefeated

 

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat sekurang-kurangnya 3 transaksi melalui Aplikasi Mudah Alih Starbucks mulai hari ini hingga 2 Ogos. 8 orang pemenang bakal dipilih secara rawak melalui sistem pemilihan automatik dan setiap pemenang hanya berhak mendapat satu tumbler. 

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini. Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Starbucks Malaysia