Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gitar kurt cobain termahal dijual

Gitar Kurt Cobain Termahal Dijual Pada Harga US$6 Juta

Diterbitkan Julai 16, 2020 oleh Nadiah Ab

Sebuah gitar yang pernah dimainkan oleh penyanyi dari kumpulan Nirvana, Kurt Cobain telah menjadi gitar termahal dijual pada harga US$6,010,000 (~RM25 juta). Jualan ini sekaligus berjaya meraih Guinness World Records. 

gitar kurt cobain termahal dijual

Kurt Cobain pernah memainkan gitar Martin D-18E 1959 ini semasa rakaman MTV Unplugged di New York, pada 18 November 1993, lima bulan sebelum kematiannya.

Dijual bersama sarungnya sekali di Julien’s Auctions di Los Angeles, bidaan bermula pada harga US$1 juta (~RM4.27 juta). Gitar ini akhirnya dijual kepada Peter Freedman, pengerusi Rode Microphones. Sarung gitar itu juga telah dihiasi oleh Cobain dengan poster dari album tahun 1990 bertajuk ‘Feel the Darkness’ dari kumpulan Poison Idea.

gitar kurt cobain termahal dijual

Freedman mengatakan dia merancang untuk membawa gitar dalam lawatan ke seluruh dunia, dengan hasilnya untuk menyokong seni persembahan. Katanya lagi, belian ini ibarat “peluang sekali seumur hidup” yang tidak boleh dilepaskan.

Sebelum ini, rekod sejarah gitar termahal dijual adalah Fender Stratocaster yang digunakan oleh pemain gitar Pink Floyd, David Gilmour. Ia memperoleh hampir US$4 juta (~RM17 juta) di penjualan amal pada bulan Jun 2019.

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY