Pada acara pengenalan yang berlangsung sebentar tadi, OPPO F11 tampil dengan rekaan sedikit berlainan dari versi Pro dimana ia mempunyai takuk WaterDrop pada skrin paparan 6.5 inci.
Spesifikasi bahagian dalam pula memperlihatkan penggunaan cip sama seperti versi Pro iaitu MediaTek Helio P70 yang digandingkan bersama RAM 4GB serta storan dalaman sebesar 128GB.
Sistem kamera pula didatangkan dengan dwi kamera belakang 48MP+5MP beserta ciri rakaman mod Ultra Night Dazzle Color serta ciri pengesanan AI. Takuk hadapan diisi dengan kamera swafoto 16MP.
OPPO F11 dijana melalui bateri 4000mAh yang disokong pengecasan pantas VOOC 3.0 dan dicas pada port MikroUSB. Ditawarkan dengan warna Fluorite Purple, OPPO F11 diletakkan pada nilai pasaran RM1099.
Bersempena dengan pelancaran peranti ini juga, Shopee turut mengadakan promosi bermula hari ini 16 April sehingga 19 April 2019.
Pembeli Shopee dengan belanja paling tinggi bakal menerima OPPO F11 secara percuma sementara pembeli kedua akan menerima O-Free earbud dan ketiga menerima powerbank.
Selain itu, pembeli juga berpeluang mendapatkannya pada harga yang lebih murah pada 19 April 2019 dimana harga promosi RM999 akan ditawarkan pada tarikh tersebut untuk pembelian di Shopee sahaja.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan OPPO F11 boleh kunjungi pengedar sah OPPO seluruh Malaysia atau beli secara dalam talian di Shopee.
Berkaitan
- Harga Vivo V7+ Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan
- OPPO Jadi Penaja Pertandingan AFF Suzuki Cup 2020
- Peranti OPPO Dengan 4 Kamera Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
- OPPO Gandakan Usaha Untuk Membangunkan Cip Pemproses Tersendiri
- OPPO Patenkan Rekaan Mirip Model Find X Tetapi Dengan Dua Kamera Swafoto
- NFCP Manfaatkan Pelanggan Pos Malaysia Diluar Bandar
- Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449
- Spesifikasi OPPO R11s Terlihat Di Antutu - Gabungan Dua Lensa 20MP
- Liga Super Malaysia Mungkin Berpeluang Diperkenalkan Dalam FIFA 20
- OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199