Giliran Huawei Pula Tampil Dengan Dwi-Kamera







Berita tentang dwi-kamera untuk Huawei Mate 9 telah menjadi buah mulut spekulasi minggu ini. Ianya bermula apabila gambar peranti tersebut tertiris di internet dengan konfigurasi yang sedikit berlainan dari P9 dan lanjutan dari berita tertirus itu, ada yang mengatakan Mate 9 akan dibina dengan kamera 20-Megapixel dwi-kamera. Walau macamana pun, pihak Wisermy sangat pasti, kamera dari Huawei Mate 9 akan hadir dengan kamera Leica.



Menurut dari laman web dari China, Weibo, kamera Mate 9 akan memiliki logo Leica. Logo Leica boleh dilihat diantara dua lensa dibelakangnya yang dikatakan mempunyai aperture f/2.0 yang semestinya satu penambahbaikkan dari kamera peranti sebelum ini, Huawei P9.



Ianya bukanlah satu kejutan kerana Huawei dan Leica telah berkerjasama menghasilkan kamera P9 sebelum ini yang dihasilkan di ibu pejabat Leica di Wetzlar, German. Ini menunjukkan Huawei memang serius dalam menghasilkan kamera berkeupayaan tinggi.



Dikatakan Huawei akan mengeluarkan tiga variasi untuk model mereka yang seterusnya (Mate 9) iaitu 4GB RAM, dengan storan 64GB, 4GB RAM, dengan storan 128GB dan yang ketiga 6GB RAM, dengan storan 256GB. Huawei Mate 9 bakal dilancarkan pada Disember ini.



Sumber: Weibo