Gigabyte Umum Papan Induk Z590 Untuk Cip Intel Gen-11 Terbaharu

Cip Intel untuk Gen-11 desktop PC atau Rocket Lake-S belum lagi diumumkan secara rasmi, namun Gigabyte kini telah mula  memperkenalkan papan induk Z590 yang menyokong cip berkenaan.



Papan induk Gigabyte AORUS Z590 hadir dengan 4 model iaitu:

  • Z590 AORUS Master

  • Z590 AORUS Pro AX

  • Z590 AORUS Extreme

  • Z590I AORUS Ultra


Antara penambahan baharu dalam cip papan induk Z590 ini adalah antaramuka PCIe 4.0 selain kawalan kuasa sehingga 2100A, Thermal Guard II untuk perlindungan haba dan sehingga 20+1 fasa kuasa.



Teknologi lain yang dimuatkan adalah USB4, USB 3.2 Gen2x2, USB 3.2 Gen2, dan juga sokongan 10GB Ethernet.

Selain itu, ia juga turut diintegrasikan dengan enjin audio tinggi SNR, pemuat audio gred studio, DAC ESS SABRE, serta sokongan DTS: X Ultra. USB-C yang dimuatkan pada papan induk ini juga mempunyai ciri DAC Pro ESS SABRE Hi-Fi ES9280C.

Buat masa ini, Gigabyte belum mengumumkan harga pasaran mahupun tarikh penjualan tempatan papan induk Z590 ini.