Papan induk Gigabyte AORUS Z590 hadir dengan 4 model iaitu:
- Z590 AORUS Master
- Z590 AORUS Pro AX
- Z590 AORUS Extreme
- Z590I AORUS Ultra
Antara penambahan baharu dalam cip papan induk Z590 ini adalah antaramuka PCIe 4.0 selain kawalan kuasa sehingga 2100A, Thermal Guard II untuk perlindungan haba dan sehingga 20+1 fasa kuasa.
Teknologi lain yang dimuatkan adalah USB4, USB 3.2 Gen2x2, USB 3.2 Gen2, dan juga sokongan 10GB Ethernet.
Selain itu, ia juga turut diintegrasikan dengan enjin audio tinggi SNR, pemuat audio gred studio, DAC ESS SABRE, serta sokongan DTS: X Ultra. USB-C yang dimuatkan pada papan induk ini juga mempunyai ciri DAC Pro ESS SABRE Hi-Fi ES9280C.
Buat masa ini, Gigabyte belum mengumumkan harga pasaran mahupun tarikh penjualan tempatan papan induk Z590 ini.
Berkaitan
- Ini Merupakan Senarai Terkini Laptop Gigabyte AERO/AORUS - Dengan Intel Gen-10 Dan Sehingga RTX 2080 SUPER
- Gigabyte Umum Kad Grafik AMD Radeon RX 6800 Dan 6800 XT Untuk Pasaran Malaysia
- Gigabyte Malaysia Umum Barisan Kad Grafik RTX 3060 Ti Bermula RM1,969
- Gigabyte Memperkenalkan Fon Telinga Gaming AORUS H1 Dilengkapi Pemacu 50mm Dan Audio 7.1
- Gigabyte Malaysia Memperkenalkan Kad Grafik RTX 30 Siri AORUS Yang Dilengkapi Paparan LCD