Gigabyte Umum Kad Grafik AMD Radeon RX 6800 Dan 6800 XT Untuk Pasaran Malaysia

Gigabyte Malaysia hari ini telah mengumumkan barisan kad grafik AMD Radeon RX 6800 dan 6800 XT untuk pasaran tempatan.

Terdapat 5 kad grafik yang diumumkan menerusi siri Master dan juga Gaming OC iaitu:

  • AORUS Radeon™ RX 6800 XT MASTER TYPE C 16G

  • AORUS Radeon™ RX 6800 XT MASTER 16

  • Radeon™ RX 6800 XT GAMING OC 16G

  • AORUS Radeon™ RX 6800 MASTER 16G

  • Radeon™ RX 6800 GAMING OC 16G


Kapsyen: AORUS Radeon™ RX 6800 XT MASTER TYPE C 16G


Kapsyen: Radeon™ RX 6800 XT GAMING OC 16G


Siri Master memfokuskan kepada model premium dengan menyertakan penyejukan Max-Covered, paparan LCD, dan RGB Fusion 2.0. Manakala siri Gaming OC memfokuskan kepada prestasi mampu milik dengan sistem penyejukan Windforce dan RGB Fusion 2.0.

Buat masa ini, Gigabyte Malaysia hanya mengumumkan harga jualan siri Gaming OC sahaja iaitu:

  • Radeon™ RX 6800 GAMING OC 16G (RM3,399)

  • Radeon™ RX 6800 XT GAMING OC 16G (RM3,899)


Harga jualan untuk 3 lagi model dalam siri Master akan diberitahu selanjutnya. Pihak Gigabyte tidak pula menyatakan tarikh jualan kesemua kad grafik yang dinyatakan. Kami akan berkongsi dengan lebih lanjut apabila mereka mula mengumumkan tarikh jualan rasminya kelak.