Gigabyte Umum Barisan Papan Induk Z590 Vision Untuk Golongan Kreatif

Beberapa hari yang lalu, Gigabyte telah mengumumkan barisan kad grafik RTX 3060 dan juga papan induk Z590.

Kini, mereka turut mengumumkan barisan papan induk Z590 siri Vision dimana semua sedia maklum ia adalah untuk golongan kreatif atau pencipta kandungan.

Terdapat tiga papan induk yang diumumkan iaitu:

  • Z590 Vision G

  • Z590 Vision D

  • Z590i Vision D


Siri Vision sentiasa hadir dengan kemasan warna putih, sesuai jika seseorang itu mahukan PC dengan tema warna putih.

Kapsyen: Z590 Vision G


Dalam papan induk ini, ia menawarkan empat slot M.2 dimana dua daripadanya berasaskan antara muka PCIe 4.0 untuk siri G. Sementara siri D hanya menawarkan satu slot M.2 untuk PCIe 4.0 dan baki dua slot adalah PCIe 3.0.

Namun, Vision D terdapat penambahan ciri lain dengan WiFi 6E AX210 (2.4/5GHz) serta dua slot Ethernet yang menyokong 2.5 GbE yang diintegrasikan cip Intel.

Kapsyen: Z590 Vision D


Bagi sistem audio, ia dilengkapi cip ALC4080 daripada Realtek. Selain itu, ia turut hadir dengan tiga port PCIe x 16, empat slot RAM dan enam sambungan SATA.

Gigabyte Z590i Vision D adalah sebuah papan induk versi ITX bagi siri ini. Ia mempunyai dua M.2 PCIe 4.0/3.0 dan satu PCIe x16 4.0.

Kapsyen: Z590i Vision D


Ia juga dilengkapi WiFi 6 802.11ax serta Intel 2.5 GbE Ethernet. Tambahan lagi, terdapat dua port Thunderbolt 4 dengan kepantasan sehingga 40Gb/s. Di samping itu, papan induk ini menyokong sehingga enam kipas yang mana ia boleh dikatakan banyak untuk versi ITX.

Walau bagaimanapun, Gigabyte masih belum mengumumkan tanda harga bagi siri papan induk ini akan tetapi ia pasti tidak murah memandangkan ia adalah sebuah papan induk mercu dan khas untuk cip Intel Gen-11.