Gigabyte Perkenal Unit Pemproses Grafik Low Profile GTX 1050 Dan 1050Ti

Mencari GPU untuk komputer perlu mengambil kira pelbagai aspek. Bagi mereka yang mempunyai modal lebih, mereka boleh membeli komputer atau membina komputer yang dilengkapi dengan perkakasan yang berprestasi tinggi. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang hanya menggunakan komputer lama? Pasti tidak mampu memberi sokongan untuk perkakasan terkini lebih-lebih lagi GPU.

09072911804l Kapsyen: Kredit foto: overclock3d.net


Terbaru, Gigabyte telah mengeluarkan dua buah model low profile yang berupaya memberi prestasi terbaik dengan menggunakan kuasa yang rendah berbanding model terdahulu. Dua model tersebut adalah GTX 1050 dan GTX 1050Ti. Kedua-duanya hanya memerlukan kuasa dari sambungan PCIe motherboard anda. Dengan itu tidak timbul lagi masalah bekalan kuasa lagi kerana ia mampu dimuatkan kemana-mana sistem terutama sekali komputer lama anda.

Hadir dengan satu port DVI-D, dua port HDMI 2.0b dan satu port DisplayPort 1.4, menjadikan ia sesuai digunakan dengan mana-mana skrin paparan moden. Sistem penyejuk menggunakan kipas 50mm yang diyakini mampu menyejukkan unit pemproses grafik 75W ini.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi kedua-dua buah model:

2

Sumber: Overclock3d.net