Gigabyte Memperkenalkan siri Radeon RX 6700 XT

Semalam AMD baru sahaja melancarkan RX 6700 XT dimana ia adalah kad grafik untuk bersaing dengan RTX 3060 Ti.

Bersempena ini juga, Gigabyte turut memperkenalkan barisan terbaru mereka dalam kad grafik tersebut iaitu RX 6700 XT Gaming OC 12G dan RX 6700 XT Eagle 12G.



Seperti biasa, kad grafik Gaming OC dilengkapi sistem Windforce Cooling system dan menyokong pencahayaan RGB Fusion 2.0.

Sementara siri Eagle adalah buat golongan yang mahukan rekaan kad grafik yang unik disamping mengekalkan prestasi dan ketahanannya.

Buat masa sekarang, Gigabyte belum mendedahkan harga rasmi bagi siri kad grafik ini tetapi ia akan tiba di tanah air pada 18 Mac ini.

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte