Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Gigabyte Melancarkan Barisan Kad Grafik RTX 3060

Posted on Januari 14, 2021

Nvidia baru sahaja mengumumkan kad grafik varian lebih rendah iaitu RTX 3060 dan bersempena ini juga, Gigabyte melancarkan barisan kad grafik mereka.

Seperti biasa, Gigabyte akan melancarkan empat model dalam siri RTX 3060 ini iaitu:

  • GeForce RTX 3060 Vision OC 12G
  • GeForce RTX 3060 Eagle OC 12G
  • GeForce RTX 3060 Eagle OC 12G
  • GeForce RTX 3060 Eagle 12G

Kesemua barisan baharu kad grafik ini disasarkan buat golongan yang berbeza. Bagi siri Gaming OC, ia adalah pilihan untuk para gamer kasual.

Siri Vision OC pula adalah untuk golongan yang mahukan “keindahan” kad grafik dan pada masa yang sama prestasi yang cemerlang.

RTX 3060 Gaming OC
RTX 3060 Vision OC
RTX 3060 Eagle OC

Sementara siri Eagle adalah untuk golongan yang mahukan kad grafik dengan rekaan yang unik serta ketahanan dan kecekapannya. Tambahan lagi, siri lebih “bangsawan” – AORUS akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kesemua kad grafik ini menggunakan bekalan kuasa multi-fasa untuk memberikan MOSFET berfungsi pada suhu yang lebih rendah.

Malah, plat belakangnya bukan sahaja untuk mengukuhkan lagi kad grafik ini tetapi juga mengelakkan printed circuit board (PCB) daripada melengkung atau jatuh.

Buat masa sekarang, Gigabyte masih belum mengumumkan tarikh dan harga jualan bagi barisan kad grafik RTX 3060 ini di Malaysia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress