Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gigabyte rtx 3080

Gigabyte Malaysia Umum Harga Jualan Siri RTX 3080 Bermula RM 3,789

Diterbitkan September 18, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada awal bulan yang lalu, Nvidia telah mengumumkan kad grafik mereka yang baharu iaitu siri RTX 3000. Kali ini, syarikat terkemuka dalam pembuatan perkakasan gaming, Gigabyte telah melancarkan kad grafik baharu mereka iaitu RTX 3080 GAMING OC 10G dan RTX 3080 EAGLE OC 10G.

rtx 3080 aorus

Kedua-dua kad grafik tersebut menggunakan sistem penyejukan GIGABYTE WINDFORCE 3X dengan kipas berpusing gantian, pelincir nano graphene, penyejukan skrin, plat tembaga dan paip haba yang lebih besar dan RGB fusion 2.0.

gigabyte rtx 3080

Reka bentuk kad grafik ini menggunakan bekalan kuasa pelbagai fasa untuk membolehkan MOSFET beroperasi dengan suhu yang lebih rendah dan pengimbangan beban untuk setiap MOSFET.

rtx 3080 gigabyte

Selain itu, ia terdapat metal back plate yang akan menguatkan lagi struktur kad grafik selain menghalang PCB dari lenturan atau jatuh ketika ia di pasang pada motherboard kerana kad grafik ini bersaiz agak besar.

Tambahan lagi, bagi memenuhi keperluan PC Gamer, RGB fusion 2.0 memberikan pengguna untuk memilih warna dan kesan khas melalui AORUS Engine dan boleh synchronize dengan peranti AORUS yang lain.

Gigabyte juga akan mengeluarkan lebih banyak kad grafik siri AORUS buat peminat termasuk kad grafik dengan reka bentuk air-cooled dan water-cooled yang akan memberikan pengguna lebih banyak pilihan.

Harga jualan bagi kad grafik GeForce RTX 3080 Eagle OC 10G adalah RM 3,789 dan bagi GeForce RTX 3080 Gaming OC 10G pula berharga RM 3,899. Ia boleh didapati melalui pengedar Gigabyte yang sah.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY