Gigabyte Malaysia Memperkenalkan Kad Grafik RTX 30 Siri AORUS Yang Dilengkapi Paparan LCD

Gigabyte Malaysia kini telah memperkenalkan 4 model baharu kad grafik RTX 30 di bawah siri AORUS iaitu:

  • AORUS GeForce RTX™ 3090 XTREME 24G

  • AORUS GeForce RTX™ 3090 MASTER 24G

  • AORUS GeForce RTX™ 3080 XTREME 10G

  • AORUS GeForce RTX™ 3080 MASTER 10G


Siri AORUS ini merupakan siri paling premium dalam portfolio Gigabyte dan menawarkan teknologi overclock dengan penyejukan yang lebih hebat.

Menariknya kad grafik ini juga turut dilengkapi panel LCD yang boleh menunjukkan status kad grafik, GIF, teks dan juga gambar ubah suai.



Ia juga dilengkapi dengan RGB Fusion 2.0 yang boleh diubah pencahayaannya mengikut kesukaan pengguna.

Siri AORUS ini hadir dengan teknologi penyejukan Max-Covered yang dilengkapi dengan 2 kipas 115mm dan 1 kipas 100mm.



Kawasan penyebaran haba kini lebih besar dan lebih efisien berbanding AORUS yang sebelumnya.

Melalui edisi XTREME, pengguna boleh overclock kad grafik untuk pengalaman main FPS yang lebih tinggi.

Harga Jualan



  • AORUS GeForce RTX™ 3090 XTREME 24G - RM8,799

  • AORUS GeForce RTX™ 3090 MASTER 24G - RM8,499

  • AORUS GeForce RTX™ 3080 XTREME 10G - RM4,699

  • AORUS GeForce RTX™ 3080 MASTER 10G - RM4,459




Untuk pengguna yang membeli edisi XTREME, mereka akan menerima aksesori robot edisi khas secara percuma.

 

 

Berkaitan