Gigabyte Lancarkan P1000GM - Bekalan Kuasa PC 1000W Berharga RM739

Gigabyte hari ini telah melancarkan bekalan kuasa (power supply) baharu iaitu P1000GM dengan rekaan yang lebih kompak, fully modular dan menerima penarafan 80 Plus Gold.

Bekalan kuasa ini sesuai untuk golongan yang mahukan komputer yang berprestasi tinggi dan juga gemar untuk overclock perkakas mereka di mana kapasitornya diperbuat di Jepun.



Dengan bekalan kuasa yang banyak, ia turut memberi kecekapan tenaga sehingga 90% yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik di rumah.



Disebabkan ia adalah sebuah bekalan kuasa full modular, anda hanya perlu menggunakan kabel yang diinginkan sahaja dan dapat menjimatkan ruang dalaman PC anda.

Gigabyte P1000GM ini memberikan jaminan sehingga 10 tahun kepada pengguna dan dijual pada harga RM739 yang akan tersedia buat pasaran tempatan bermula 18 Januari ini.