Gigabyte Lancar AORUS Elite RTX 3060, Ini Senarai Harga Di Malaysia

Pada Januari lalu, Gigabyte telah melancarkan barisan kad grafik RTX 3060. Hari ini, tiba giliran sebuah lagi siri memasuki pasaran tanah air iaitu Aorus Elite RTX 3060.

Bagi anda yang sudah biasa, siri Aorus daripada Gigabyte merupakan sebuah produk yang lebih baik yang hadir dengan spesifikasi dan rekaan yang cantik.



Aorus Elite RTX 3060 adalah kad grafik andalan bagi siri RTX 3060 dari Gigabyte. Ia dilengkapi 1867MHz boost clock yang mana 5.1% lebih tinggi berbanding kad grafik rujukan Nvidia.

Selain VRAM 12GB, ia turut dilengkapi sambungan tunggal 8-pin + 6-pin dan bekalan kuasa PC yang diperlukan sekitar 550W hingga 650W.

Tiga kipas disertakan bagi menyejukkan kad grafik ini dan hadir dengan lampu ARGB pada kelilingnya untuk memberikan nilai estetika lebih tinggi.



Untuk port sambungan, ditawarkan 2 port HDMI 2.1 dan 2 lagi adalah DisplayPort 1.4a. Dengan port ini, tiada masalah untuk menyokong sehingga 4 monitor.

Berikut adalah senarai harga rasmi bagi siri Gigabyte RTX 3060:

  • Aorus RTX 3060 Elite 12G - RM2569

  • RTX 3060 Gaming OC 12G - RM2399

  • RTX 3060 Vision OC 12G - RM2339

  • RTX 3060 Eagle OC 12G - RM2199

  • RTX 3060 Eagle 12G - RM2089


Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte