GIGABYTE Bawa Masuk Laptop Aero 15 Classic Dan Aorus Untuk Pasaran Malaysia

Bagi anda yang sedang menanti ketibaan komputer riba baru dari Gigabyte, ia kini telah mengumumkan kehadiran beberapa model untuk pasaran Malaysia.



Model-model yang diperkenalkan hari ini terdiri daripada siri Aero 15 Classic dan Aorus. Masing-masing ditawarkan dengan kelengkapan berkuasa dan terdapat perbezaan untuk setiap satunya memberikan kepelbagaian pilihan kepada pengguna.

Aero 15 Classic



Siri ini menawarkan 7 model yang dikuasakan dengan cip i7-9750H kecuali variasi teratas sekali yang menggunapakai i9--9980HK. Dibahagian grafik pula ia menampilkan GPU siri RTX 20 (RTX 2060, 2070 dan 2080) tetapi untuk model berharga RM6999, ia tersedia dengan GTX 1600Ti.



Dibahagian memori pula RAM DDR4 16GB hingga 32GB digandingkan dengan storan SSD PCIe NVME berkapasiti 512GB.

Harga-harga jualan adalah seperti berikut:

  • AERO 15 Classic SA FHD 144Hz (i7-9750H / GTX 1660Ti) - RM6999

  • AERO 15 Classic WA FHD 144Hz (i7-9750H / RTX 2060) - RM8299

  • AERO 15 Classic WA UHD (i7-9750H  / RTX 2060) - RM 8899

  • AERO 15 Classic XA FHD 240Hz (i7-9750H  / RTX 2070) - RM9699

  • AERO 15 Classic XA UHD ((i7-9750H  / RTX 2070) - RM 11699

  • AERO 15 Classic YA FHD 240Hz ((i7-9750H / RTX 2080) - RM1399

  • AERO 15 Classic YA UHD (i9--9980HK / RTX 2080) - RM17999


Aorus

Penawaran dalam siri ini pula menghadirkan pilihan grafik antara GTX 1660, GTX 1660Ti, RTX 2060 dan RTX 2070. Di bahagian pemprosesan pula menyediakan CPU yang sama iaitu 17-9750H untuk keenam-enam model.



Tiga model turut dihadiri dengan SSD yang juga ditemani storan HDD antara 1TB dan 2TB.

Harga jualan siri AORUS 15, 5 dan 7 seperti dibawah:

  • AORUS 15 SA FHD 144Hz (GTX 1660Ti) - RM6399

  • AORUS 15 WA FHD 144Hz (RTX 2060) - RM6899

  • AORUS 15 XAFHD  240Hz (RTX 2070) - RM8899

  • AORUS 5 NA FHD 144Hz (GTX 1660) - RM4999

  • AORUS 7 NA FHD 144Hz (GTX 1660) - RM 5199

  • AORUS 7 SA FHD 144Hz (GTX 1660Ti) - RM6199


Gigabyte mengumumkan barisan komputer riba mereka ini sudah boleh mula dibeli secara pra-tempah bermula hari ini daripada pengedar sah mereka.