Gigabit LTE: Sambungan Tanpa Wayar Yang Semakin Laju

Agak pelik Samsung tidak menekankan fungsi Gigabit LTE yang disokong oleh Galaxy S8 mereka.

Ini kerana ia pasti akan menjadi ciri-ciri untuk telefon utama tahun ini.

Kebanyakkan telefon pintar hari ini tidak menyokong funsi ini kerana teknologi ini masih baru dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi masih menggunakan teknologi LTE.

Apa itu Gigabit LTE?

Gigabit LTE ialah peningkatan dari LTE dimana LTE ialah sambungan tanpa wayar 4G yang digunakan penyedia perkhidmatan selular untuk menghubungkan telefon bimbit.

Berita baiknya di Malaysia telah menggunakan LTE dan berita buruknya, Gigabit LTE mungkin tidak lagi wujud di rangkaian negara ini.

Gigabit LTE diberi nama kerana kelajuan sambungan boleh mencecah 1 gigabit per saat, kelajuan yang boleh dicapai oleh sambungan fiber untuk talian bawah tanah.

Saing-saing Unifi la ni.

Adakah Gigabit LTE ini 5G?

Jawapan teknikal, TIDAK. Ini kerana ia masih menggunakan rangkaian asas 4G.

Maknanya Gigabit LTE ni dapat kelajuan data 1 Gigabit setiap masa?

Tidak juga. Ini bergantung kepada rangkaian itu sendiri dan berapa ramai yang menggunakan servis itu dalam satu masa.

1 Gigabit per saat merujuk kelajuan terpantas yang boleh dicapai oleh talian itu.

Bagaimana ia berfungsi? (Ringkasan)

Ada 3 perkara utama mewujudkan Gigabit LTE.

Pertama ialah 4x4 MIMO. Ia adalah 4 antenna di dalam satu yang boleh mengambil sesetengah isyarat untuk digunakan oleh telefon bimbit anda.

Kedua ialah 'carrier aggregation'. Ia merujuk kepada operator penyedia perkhidmatan untuk menggabungkan beberapa 'band' isyarat dan telefon bimbit anda boleh memilih mana satu yang paling laju untuk berkomunikasi dengan rangkaian.

Akhir sekali ialah 256 QAM, singkatan untuk 'quadrature amplitude modulation'.

Ia merupakan cara untuk menggabungkan beberapa isyarat digital untuk digunakan oleh penyedia perkhidmatan untuk menghantar data.

Jadi, berapa laju Gigabit LTE ni?

Setakat ini, hanya penyedia perkhidmatan Australia, Telstra telah melancarkan rangkaian Gigabit LTE mereka.

Kelajuan? 100 ke 300 megabit per saat.

T-Mobile pula mendakwa rangkaian Gigabit LTE boleh memuat turun filem berdurasi dua jam dalam masa 15 saat. Wow..

Telefon mana lagi yang akan menggunakan teknologi ini?

Samsung Galaxy S8 adalah telefon pertama menyokong teknologi ini.

Teknologi ini disokong jika menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 835.

Jadi untuk telefon akan datang yang menggunakan cip yang sama bakal memanfaatkan teknologi tanpa wayar yang pantas ini.

Sumber