"Gender Equality" Sampai Bila Isu Ini Akan Selesai

Baru-baru ini MTV Award telah memansuhkan kategori khusus pada jantina untuk anugerah pelakon terbaik tahun ini. Anugerah ini merupakan yang pertama dalam sejarah mengabungkan kategori pelakon lelaki dan perempuan menjadi satu.

Emma Watson yang sebelum ini menjadi duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dalam memperjuangkan hak sama-rata kepada wanita menjadi pemenang pertama anugerah "tanpa gender" pelakon terbaik MTV menerusi filem Beauty and The Beast dua hari yang lalu.

piersmorgan

Piers Morgan, seorang journalist dan personaliti TV dari Britain berkata "Gender Equality yang dibawa oleh MTV sebenarnya akan menyebabkan lebih inequality dalam industry perfileman".

Beliau berpendapat jika anugerah ini digabungkan, pelakon lelaki akan mendominasi anugerah tersebut dan menyebabkan lebih ketidakadilan untuk pelakon wanita di masa akan datang.

Pengacara Good Morning Britain itu sebelum ini secara lantang mengkritik Emma Watson kerana mengambil gambar tanpa baju dalam di satu sesi penggambaran untuk majalah Vanity Fair awal tahun ini.

Kenapa perlu buka baju dan tunjuk pada satu dunia dalam menyampaikan mesej tentang hak kebebasan wanita? Oh Emma Watson, kalau lelaki buka seluar dikatanya lucah pulak.

vanity-fair.jpg.size.custom.crop.883x650

Kumpulan feminist ini mengandaikan, pembuatan polisi dan perlaksanaannya hanya akan saksama jika jumlah penglibatan lelaki dan wanita sama dalam setiap industri. Pada pandangan mereka, hanya dengan memberikan persamaan hak sahaja keadilan wanita akan tercapai.

Baru-baru ini muncul lagi seorang pemain bolasepak wanita dari Australia turut mengeluarkan suara beliau tentang bagaimana atlet wanita dipandang remeh dan dibayar dengan gaji yang kecil berbanding pasukan lelaki.

[embed]https://www.youtube.com/watch?time_continue=10&v=vksIihwCQug[/embed]

Jadi soalan saya, sejauh manakah persamaan hak yang dimaksudkan oleh golongan feminist ini?. Saya setuju dengan pendapat Piers Morgan, lelaki dan wanita itu sendiri dicipta dengan berlainan fizikal dan mental.

Secara saintifiknya, lelaki dan wanita adalah tidak sama


Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Usain Bolt, pelari pecut lelaki mencatatkan rekod bawah 9 saat. Mampukah atlet wanita menandingi beliau?

Kenapa golongan lelaki yang berada di dalam industri modelling dibayar dengan lebih rendah berbanding wanita, tidak langsung mengeluarkan suara hak sama rata seperti wanita? Kerana mereka tahu, nilai pasaran untuk model lelaki adalah rendah berbanding perempuan.

Jadi logiklah untuk saya katakan, pemain bolasepak lelaki dibayar dengan gaji lebih tinggi kerana sukan itu adalah sukan lelaki. Peminat dan penonton sukan bolasepak lelaki adalah lebih ramai. Bayaran yang diterima pun sudah semestinya lebih tinggi.

2 Tahun lepas Facebook telah menyenaraikan 71 jenis pilihan gender untuk pengguna di UK.  "Identiti jantina adalah kompleks bagi sesetengah pihak, menggambarkan diri mereka sebagai hanya seorang lelaki atau hanya seorang wanita sentiasa tidak mencukupi " ujar mereka.

Bagi saya senang, gender ada dua sahaja. Lelaki atau perempuan. Setel.

Zimman-FacebookGenderOptions

Setiap wanita mempunyai hak yang sama dengan lelaki dalam pelbagai bidang tetapi mereka perlu berfikiran secara realistik kerana lelaki dan wanita mempunyai keupayaan dan kebolehan masing-masing. Lihatlah betapa ramainya jutawan wanita di dunia ini. Berhentilah merungut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berkaitan