Gelak Tawa Mungkin Akan Menjadi Kata Laluan Biometrik Anda Pada Masa Depan

Terlalu banyak kata laluan yang hendak diingat? Adakah anda merasakan penggunaan kata laluan biometrik cap jari, suara atau imbasan wajah dan mata masih tidak selamat?

Jadi, jika itu menjadi isu kepada anda, apa kata anda jadikan nada ketawa anda sebagai kata laluan terbaru anda.

Bunyi macam pelik, tapi itulah hasil penemuan kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan University of Lagos, Nigeria.

Menurut pasukan penyelidik itu, mereka percaya bahawa nada ketawa yang unik dihasilkan oleh manusia boleh digunakan sebagai kata laluan.

Malah ia didakwa sebagai satu bentuk kata laluan biometrik yang sangat selamat kerana ketawa hampir tidak boleh dimimik oleh orang lain.

Penemuan tersebut diterbitkan dalam jurnal International Journal of Biometrics.

"Laughter has thus been shown to be a viable biometric feature for person identification which can be embedded into artificial intelligence systems in diverse applications," Hasil rumusan penyelidik dalam jurnal tersebut.

Jadi, pada masa depan adalah tidak mustahil ketawa anda menjadi sangat berharga, walaupun ketawa anda sangat tidak senonoh bunyinya.

Sumber: TechXplore