Geely Beli Meizu, Telefon Kelas Andalan Dilapor Keluar Tahun Depan

Pengerusi dan pengasas Geely, Li Shufu kini mengembangkan lagi empayarnya ke arena telefon pula.

Ia susulan satu lagi syarikatnya iaitu Hubei Xingji Shidai Technology yang kini telah mengambil alih Meizu dengan 79% pegangan saham.

Meizu ditubuhkan hampir 20 tahun lalu manakala Hubei Xingji Shidai pula ditubuhkan pengasas Geely pada tahun lalu.

Pengambilalihan ini bukan saja memberi nyawa baharu untuk Meizu tetapi untuk Geely dan Hubei Xingji yang mahu menapak dalam arena peranti pintar dan integrasi kereta-telefon.

Zhejiang Geely Holding Group Co. Chairman Li Shufu Interview Kapsyen: Li Shufu, pengasas Geely. Sumber: Bloomberg


Antara tumpuan Xingji ialah telefon pintar, extended reality dan peranti pintar seperti jam tangan. Namun, Meizu akan kekal sebagai jenama tersendiri cumanya dari segi perisian misalnya, akan bekerjasama dengan Xingji.

Meizu terdahulu hadir dengan FlymeOS dan Flyme For Car yang dipercayai akan bermanfaat untuk Geely memandangkan mereka kini ke arah kereta yang lebih berintegrasi dengan telefon pintar.

Laporan mengatakan memo dalaman Xingji menyasarkan telefon pertama mereka akan dilancar pada 2023 dengan 3 juta unit terjual dalam tahun pertama.


IT Home pula melaporkan bahawa Meizu akan keluarkan telefon kelas andalan, juga pada tahun hadapan.



Sumber: Reuters, IT Home

Gambar utama: Crash