Geekbench: Prestasi GPU Snapdragon 670 Hampir Menyamai Snapdragon 820

Geekbench merupakan platform penanda aras bagi mengukur prestasi cip pemprosesan serta memori peranti menerusi beberapa siri ujian.

Melaluinya, kita boleh membuat perbandingan prestasi antara cip pemprosesan yang dihasilkan oleh pengeluar dan terbaru adalah mengenai Snapdragon 670.

Cip kelas pertengahan itu dikatakan sudah muncul di platform berkenaan beberapa minggu yang lalu dan dikatakan berjaya mencatat markah yang mengagumkan. Antara yang menjadi buah mulut adalah tentang keupayaan GPU Adreno 620 dengan catatan markah 6404, hampir menyamai Snapdragon 820.

Walaupun ujian seperti ini tidak menilai prestasi sebenar grafik cip pemprosesan, tetapi ia memberi sedikit bayangan tentang naiktaraf Snapdragon 670 berbanding model terdahulu, Snapdragon 660.



Cip ini masih belum dilancarkan lagi dan ura-ura mengatakan ia dibangunkan dengan 4x Kryo 360 dan 4x Kryo 385 dengan frekuensi maksimum pada kadar 2Ghz serta 1.6Ghz.

Selain itu ia menggunakan modem Snapdragon X16 Cat. 16 LTE dengan kemampuan muat turun berkelajuan Gigabit dan muat naik sehingga 150Mbps.

Apabila diperkenalkan nanti, Snapdragon 670 dilihat sebagai cip kelas pertengahan yang berada pada tahap tertinggi.

Sumber: Gizmochina