Gedung Dalam Talian Rasmi OnePlus Sudah Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Ada segelintir pengguna berasa was-was untuk membeli produk secara dalam talian, lebih-lebih lagi produk yang berharga ribuan ringgit. Hal ini mungkin kerana pengguna tidak begitu yakin dengan penjual serta ketulenan barangan tersebut dan salah satu cara terbaik adalah dengan membuat pembelian di gedung dalam talian rasmi bagi jenama itu.

OnePlus kini maju setapak lagi dalam pasaran Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan gedung dalam talian rasmi yang beroperasi pada platform beli belah, Shopee. Menerusi gedung rasmi itu, pengguna boleh mendapatkan pelbagai produk asli dari OnePlus dengan mudah.

Bersempena dengan pelancaran itu, satu tawaran menarik telah diadakan melibatkan model OnePlus 3T yang kini boleh dimiliki pada harga RM1599.

Jadi jika anda berminat untuk memilik produk dari OnePlus, bolehlah lawati gedung dalam talian rasmi OnePlus di Shopee.

Sumber: Lowyat.net