Gaurav Agrawal - Pemilik Imej Yang Menyebabkan Peranti Android Gagal Berfungsi

Berlatarbelakangkan sinaran matahari terbenam di sebalik gunung-ganang dengan tasik terbentang luas dihadapan, sebahagian daripada kita pasti mahukan pemandangan seperti ini pada telefon pintar mereka.



Apakan daya, setelah siap dipasang peranti pula gagal berfungsi. Inilah yang terjadi kepada beberapa pengguna yang menetapkan foto diatas pada peranti mereka.

Bagi anda yang tertanya-tanya siapakah pemilik disebalik imej yang tular penghujung Mei lalu, ia adalah hasil rakaman Gaurav Agrawal seorang saintis dan juga jurugambar amatur.

Kapsyen: Gaurav Agrawal. Imej | BBC


Dirakam menggunakan kamera Nikon sekitar Ogos tahun lalu, ia merupakan imej pemandangan tasik St Mary yang terletak di Taman Negara Glacier, Montana. Menerusi temuramah bersama laman BBC, beliau sedih dan tidak menyangka hasil seninya itu menyebabkan masalah pada peranti.

Apa yang Agrawal lakukan pada imej tersebut hanyalah suntingan menggunakan perisian Lightroom dan hasilnya terus di muat naik pada akaun Flickr.

Menurut Agrawal, perisian suntingan itu menyediakan tiga mod warna namun mod yang dipilih menyebabkan gangguan pada sistem operasi peranti. Pada sesi temuramah itu, Agrawal menyatakan beliau tidak akan menggunakan lagi format warna terbabit.

Memiliki lebih dari 10,000 pengikut di Flickr, hasil rakaman Agrawal sebelum ini pernah dipaparkan majalah National Geographic.

Berkenaan isu yang timbul, Ken Munro dari firma Pen Test menjelaskan ia terjadi apabila sistem peranti gagal mengenal pasti jarak warna yang seharusnya dipaparkan. 
"There are different ways of defining the colour space. Some spaces have specialist uses in graphic design, so sometimes you'll see images that aren't in the usual 'Standard RGB' format. It's also possible to deliberately create images that have more colour information than some devices can handle.

What's happened here is that the way some phones deal with these cases has gone wrong.

The phone crashes because it doesn't know how to deal with it correctly, and the software developers probably hadn't considered this might happen."

Ketika ini dikatakan kemaskini perisian untuk peranti menyokong kelemahan tersebut sedang dibangunkan.

Sumber: BBC

 

 

Berkaitan