Gabung Anak Seni (GAS) dalam satu sidang media yang diadakan beberapa hari lalu telah menyatakan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada FINAS, SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) bagi menambah baik Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Ia berikutan akta sedia ada kini didapati tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan industri perfileman negara.

Ia dimaklumkan sendiri oleh peneraju GAS iaitu Ellie Suriaty Omar.

Beliau mendakwa, ramai rakan artis menjadi mangsa Youtuber yang mengambil kesempatan daripada selebriti untuk mengaut keuntungan.

IKLAN

Sehubungan itu, GAS mahu kerajaan mengambil langkah dengan mewajibkan pemilik akaun YouTube untuk memiliki lesen khas.

Sekaligus akan memudahkan pemantauan ke atas para pemilik akaun YouTube.