Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390

Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390

Diterbitkan Disember 14, 2020 oleh Helmi Samsuri

Garmin Malaysia hari ini telah melancarkan penjejak kesihatan khusus untuk penggunaan kanak-kanak, vivofit jr.3. Melalui penawaran baharu ini, ia hadir dengan paparan berbentuk petak yang lebih besar menghampiri rekaan model untuk golongan dewasa.

Selain itu, Garmin turut berkolaborasi dengan jenama-jenama popular seperti Disney dan Marvel bagi menawarkan tema-tema menarik pada peranti berkenaan. Antara karakter yang bakal menghiasi vivofit jr.3 adalah seperti Black Panther, Iron Man, Disney Princess dan Disney The Little Mermaid.

Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390
Disney Princess
Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390
The Little Mermaid
Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390
Black Panther
Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390
Iron Man

Seperti penjejak kesihatan yang lain, vivofit jr.3 tampil dilengkapi dengan kiraan langkah dan pemantauan waktu tidur, kalis air serta kemampuan bateri yang mampu bertahan sehingga setahun tanpa cas. Ia turut mempunyai widget untuk menghubungi keluarga ketika berada dalam situasi kecemasan.

Ibu bapa juga boleh memantau aktiviti yang dilakukan anak-anak melalui aplikasi Garmin Jr. seperti waktu tidur dan lain-lain lagi.

Garmin vivofit jr.3 sudah mula dijual hari ini pada harga RM390 dan boleh didapati dari AECO, Lazada serta Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY