Garmin Malaysia Perkenal Peranti GPS Baharu Edge 130 Plus Dan Edge 1030 Plus - Dijual Bermula RM999

Garmin Malaysia hari ini telah mengumumkan 2 model GPS terbaharu khusus untuk penunggang basikal iaitu Edge 130 Plus dan Edge 1030 Plus. Ia direka lengkap dengan kemampuan penjejakan, analisis prestasi, dan juga navigasi.

Edge 130 Plus dilengkapi dengan rekaan navigasi butang tanpa skrin sentuh berukuran 1.8 inci. Manakala Edge 1030 Plus pula mempunyai skrin lebih besar 35 inci sentuh yang juga boleh digunakan ketika basah atau ketika menggunakan sarung tangan.

Kapsyen: Edge 130 Plus


Edge 130 Plus menawarkan penggunaan 12 jam ketika menggunakan GPS manakala Edge 1030 Plus pula sehingga 24 jam. Antara ciri yang disertakan adalah keselamatan terbina dan fungsi penjejakan termasuklah pengesanan pergerekan serta LiveTrack - fungsi lokasi masa nyata dan akses ke laluan yang telah dirancang sebelum menunggang.

Kapsyen: Edge 1030 Plus


Kedua-dua model telah dijual bermula hari ini di seluruh kedai pengedar Garmin yang sah. Untuk harga jualan, ia adalah seperti berikut:

  • Edge 130 Plus - RM999

  • Edge 1030 Plus - RM3,399


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk, boleh layari laman rasmi Garmin di pautan ini.

Sumber: Garmin Malaysia