Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan barisan produk Tacx terkini untuk alat senaman dalam rumah. Produk yang diumumkan tersebut adalah Neo 2T Smart, Flux 2 Smart, Flux Smart, Antares, dan Galaxia.

Neo 2T Smart, Flux 2 Smart dan Flux Smart masing-masing merupakan alat senaman basikal jenis trainer. Manakala Antares dan Galaxia pula adalah dari jenis roller.

Neo 2T Smart merupakan alat senaman premium dan mampu merekod data dalam lingkungan 1%. Selain itu, terdapat juga sensor untuk mengesan posisi kaki pengguna secara tepat dan tambahan persisian Garmin Edge untuk menganalisis strok dari pedal kaki.

Kapsyen: Neo 2T Smart


Flux 2 Smart pula mampu merekod data secara tepat dalam lingkungan 2.5%. Ia juga mempunyai motor unik yang membolehkan larian sehingga 2,000W untuk mensimulasi dakian bukit sebanyak 16%.

Kapsyen: Flux 2 Smart


Flux Smart merupakan varian paling rendah dalam senarai trainer yang diumumkan. Ia mampu merekod data dalam lingkungan ketepatan 3%. Untuk kuasa kayuhan, ia boleh mengayuh sehingga 1,500W untuk kayuhan bukit sebanyak 10%.

Kapsyen: Flux S Smart


Antares dan Galaxia merupakan alat senaman dari jenis roller. Ia sesuai digunakan untuk tayar basikal berdiameter dari 26 - 29 inci. Galaxia merupakan varian lebih premium yang dilengkapi sistem serapan pecutan. Ia adalah untuk memastikan basikan tidak terkeluar dari roller itu sendiri. Kedua-dua Antares dan Galaxia mampu ditarik dan dikembangkan sehingga 80cm.

Kapsyen: Galaxia

Harga Jualan


Neo 2T Smart, Flux 2 Smart, Flux S Smart, Galaxia, dan Antares boleh didapati di kesemua kedai Garmin dan pengedar sah dengan harga berikut:

  • Neo 2T Smart - RM6,699

  • Flux 2 Smart - RM4,199

  • Flux S Smart - RM3,499

  • Galaxia - RM1,299

  • Antares - RM999


Kesemua alat senaman ini sudah mula dijual bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman Garmin Malaysia.