Garmin Lily - Jam Pintar Khusus Buat Wanita Dengan Harga Mampu Milik

Garmin adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam arena jam pintar dan penjejak kesihatan.

Namun, terdapat sedikit kekurangan kerana kebanyakan jam pintar Garmin hadir dengan tanda harga premium serta rekaan yang lebih sesuai buat lelaki.

Oleh itu, kali ini Garmin tampil dengan sebuah jam pintar yang khusus buat wanita iaitu Garmin Lily.



Seperti namanya yang feminin, Garmin Lily mempunyai kerangka berukuran 34mm, gaya lug T-Bar dan beberapa tali yang cantik buat wanita.

Siri jam ini turut ditawarkan dua varian iaitu Garmin Lily Classic yang dilengkapi tali jam kulit sementara Garmin Lily Sport dengan tali jam silikon.



Tidak perlu risau kerana ciri asas jam pintar seperti degupan jantung, SPO2, notifikasi telefon pintar dan lain-lain masih ada.

Selain itu, terdapat ciri tambahan yang sesuai untuk wanita iaitu penjejak kitaran haid dan kehamilan.

Harga jualan bagi Garmin Lily Classic adalah RM1150 sementara Garmin Lily Sport pula adalah RM920.

Pembelian boleh dibuat menerusi kedai dalam talian AECO atau di Lazada dan Shopee.